Rupa bun sosej yang telah siap dibakar....Bolehlah buat makan-makan untuk keluarga sendiri. Janji dohnya lembut dan sedap.
Rupa bun sebelum dibakar........sekarang ni kalau saya buat, saya akan buat mini bun saja..sebab anak-anak komplen besar sangat..malas nak buka mulut besar-besar...so saya ikut ja..tapi memang comel...gambarnya tak ada dalam simpanan la pulak...
Resepinya mudah saja....
(A)
2 sudu teh yis kering
4 sudu besar gula
4 sudu besar susu pekat
210ml air suam
(kesemua ini dilarutkan sekali dan dibiarkan selama 5-7 minit sehingga naik buih)
(B)
500gm tepung gandum
2 sudu teh pelembut roti (boleh dapat di kedai menjual bahan2 kek dan roti)
(gaulkan sekali)
2 biji telur (dikocakkan sertakan masukkan ke dalam adunan tepung tadi)
Uli adunan tepung (B) bersama adunan (A) selama 10-15 minit sehingga adunan tepung tidak melekat di tangan.
Biarkan adunan selama 1 jam atau adunan tersebut akan naik 2 x ganda.
(C)
Sosej hendaklah direbus/goreng terlebih dahulu
- Selepas itu anda bolehlah membentuk bun sosej anda seperti mana yang anda kehendaki.
- Susun atas loyang yang telah digris
- Biarkan 45-60 minit sehingga naik 2 x ganda
- Bakar pada suhu 180C sehingga masak.
- Setelah masak sapukan butter pada bun tersebut supaya nampak berkilat dan lembut...
nak nie cik
BalasPadam