Bila badan rasa kurang sihat sikit...ada rasa nak demam sikit-sikit apa kata cuba buat sup tulang...tak ada selera makan ke....elok lah cuba menu ni.....saya selalu masak menu ni bila hubby demam......kiranya sup tulang ni pun favourite anak-anak gak....gerenti habis.....Resepinya:1kg Tulang (lebih sikit pun ok ja)2 liter air1 inci halia(ditumbuk/mesin)5 ulas bawang merah(ditumbuk/mesin)4 biji buah keras(ditumbuk/mesin)sedikit lada hitam (ditumbuk/mesin-jika suka-tak letak pun tak apa)1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang5 biji buah pelaga10 biji cili padi (ditumbuk kasar-boleh letak lebih jika suka pedas-yg ni ok je tak pedas sangat pun)1 biji lemon (kalau tak ada boleh ganti dengan 1 cawan air asam jawa/limau nipis)1 batang celery (tak tau b melayu panggil apa-batang dia mcm daun sup tapi besar)-di potong2 labu bawang besar (dihiris)garam secukup rasaperisa (jika suka)sedikit minyak untuk menumis (tak tumis pun ok juga just rebus)Cara-caranya :- tumiskan bahan yang ditumbuk
- masukkan tulang dan air
- masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih + buah pelaga
- bila mendidih masukkan jus lemon
- masukkan cili api
- masukkan celery dan bawang besar (yg dihiris)
- masukkan garam secukup rasa
- rebus lebih kurang 1 jam baru betul-betul lembut daging tu....
SELAMAT MENCUBA....
Ni satu lagi menu untuk menarik anak-anak kecil kita makan.....makan bersama nasi lah.....Selalu sangat buat sambal tumis sotong , kali ni kita tukar selera sedikit supaya semua boleh menikmati bersama-sama sebab menu ni tak pedas......Begini resepinya:1kg Sotong5 ulas bawang merah2 ulas bawang putih1 inci haliasejemput lada hitamkicapsecawan air asam jawagaram dan gula secukup rasasepokok daun bawang + supsedikit minyak untuk menumisCara-caranya:- potong sotong ikut suka macam saya guntingkan sotong tu kepada 4 dan dihujungnya saya guntingkan sekeliling supaya nanti membentuk seperti bunga di atas. (gambar) ketepikan.
- bawang merah, putih, halia + lada hitam tadi ditumbuk bersama
- masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan mulakan menumis bahan yang ditumbuk tadi...
- bila dah berbau wangi bahan tumis tadi masukkan sotong
- diikuti dengan air asam dan kicap....
- bila semua dah sebati, baru masukkan garam dan gula....
- bila dah masak, taburkan daun bawang dan sup yang telah dipotong...
Sekali sekala buat puding roti ni sebagai desert pun sedap gak...anak-anak pun suka. Puding ni kalau saya buat memang tak tahan lama....sekejap ja..dah habis..................saya buat bagi keras sedikit so senang anak-anak kecil nak pegang tak ada la...nak jatuh sana sini.....resepinya:Ni saya buat masa birthday hubby last year......kira ok le...sebab habis......Bahan A:20gm agar-agar600ml air5 sudu besar gula pasirBahan B:bahan-bahan untuk dimesin (blend)1 tin susu cair3 keping roti1 sudu besar tepung custard (ikut suka tak masuk pun tak apa)Bahan C:1 sudu teh perasa oren (boleh letak ikut kesukaan)cara-caranya:- masak agar-agar + air sehingga hancur
- masukkan gula
- ceduk kan sedikit agar-agar tu dan masukkan ke dalam bekas yang lain dan masukkan perisa oren (***)
- masukkan bahan B ke dalam baki agar-agar yang ada dalam periuk tadi
- apabila didih padamkan api dapur
- masukkan kedalam loyang
- Curahkan sedikit demi sedikit agar-agar yang berperasa oren tadi dan garis-gariskan dengan menggunakan garpu/sudu supaya membentuk berjurai-jurai seperti gambar yang di atas.
selamat mencuba.....sedap tak terlalu manis sesuai untuk seisi keluarga....
Ni pancake yang anak saya buat tanpa menggunakan acuan..senduk2 ja ke dalam kuali...lebih nipis.....Gambar di bawah dgn menggunakan acuan...agak tebal sedikit...Bila makan pan cake aku teringatkan anak sulung aku yang suka makan pan cake bersama honey. sedap tau..dulu2 beli ja..bila dah ada resepi dalam internet ni ada cuba buat...ni la resepi yang kami buat...menjadi...seronoknya....Pancake
100gm Tepung Gandum
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh gula
1 biji telur
125ml susu cair/santan
1 sudu besar mentega yang telah dicairkan
Cara-caranya:
Tepung dan baking powder diayak bersama
masukkan gula dan telur (telah dipukul)
masukkan susu cair kacau sebati
akhir sekali masukkan mentega yang telah dicairkan (boleh ganti minyak masak)
Nota: guna kuali non stick lebih mudah.
selamat mencuba....gerenti jadi ni...sedap lak tu....
boleh buat nipis2 tak perlu guna acuan just sendukkan je.....