Halaman

Iklan

Khamis, 11 Februari 2010

Puding Roti


Sekali sekala buat puding roti ni sebagai desert pun sedap gak...anak-anak pun suka. Puding ni kalau saya buat memang tak tahan lama....sekejap ja..dah habis..................saya buat bagi keras sedikit so senang anak-anak kecil nak pegang tak ada la...nak jatuh sana sini.....resepinya:



Ni saya buat masa birthday hubby last year......kira ok le...sebab habis......


Bahan A:

20gm agar-agar
600ml air
5 sudu besar gula pasir

Bahan B:

bahan-bahan untuk dimesin (blend)
1 tin susu cair
3 keping roti
1 sudu besar tepung custard (ikut suka tak masuk pun tak apa)

Bahan C:

1 sudu teh perasa oren (boleh letak ikut kesukaan)

cara-caranya:
  • masak agar-agar + air sehingga hancur
  • masukkan gula
  • ceduk kan sedikit agar-agar tu dan masukkan ke dalam bekas yang lain dan masukkan perisa oren (***)
  • masukkan bahan B ke dalam baki agar-agar yang ada dalam periuk tadi
  • apabila didih padamkan api dapur
  • masukkan kedalam loyang
  • Curahkan sedikit demi sedikit agar-agar yang berperasa oren tadi dan garis-gariskan dengan menggunakan garpu/sudu supaya membentuk berjurai-jurai seperti gambar yang di atas.
selamat mencuba.....sedap tak terlalu manis sesuai untuk seisi keluarga....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan