Halaman

Iklan

Khamis, 7 April 2011

Rendang hati ikan pari

Semalam jiran bagi hati ikan pari. Katanya pemberian kawannya. Banyak jugalah. Saya tak pernah makan dan beli pun hati ikan pari ni...namun begitu rezeki janganlah ditolak. Cuba jugak masak...inilah hasilnya...rasa sedap bila dimakan bersama nasi panas-panas.

inilah rupanya rendang hati ikan pari ....
resepi:

1 labu bawang besar
sedikit cili kering
2 batang serai
1cm halia
(kesemua bahan di atas dikisar)
1 keping asam
garam secukup rasa
sedikit perisa kalau suka
daun kunyit/limau purut
sedikit minyak masak

caranya:
  • Bahan yg dikisar direbus bersama hati ikan pari.
  • Masukkan asam keping.
  • Apabila sudah mendidih dan kuah menjadi pekat, masukkan garam dan perisa serta daun kunyit/limau purut.
  • Masukkan sedikit minyak masak..dan gaulkan supaya mesra....

Selasa, 5 April 2011

Popia goreng pedas manis

goreng sampai kekuningan


mudah dan sedap dimakan bila-bila masa saja....

resepi mudah:
  • Ceraikan kulit popia satu persatu
  • Gulungkan kulit popia tadi dengan menggunakan straw atau lidi sate
  • gamkan dengan bancuhan tepung supaya kulit popia bercantum
  • gunting kulit popia secara serong..
  • goreng dan sira dengan cili.

Jumaat, 18 Mac 2011

Samosa

Samosa ini selalunya saya buat siap2 dan simpan di dalam peti sejuk. Bila hendak makan barulah digoreng. Kegemaran anak-anak juga.


Resepi inti:

6 ketul ubi kentang dipotong dadu
sedikit daging/ayam
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun sup dicincang halus
secubit lada/ jintan manis ditumbuk halus
sedikit garam dan perisa jika suka
sedikit air
(dimasak sehingga kering air dan ubi sudah empuk)

1 paket kulit popia yang bersaiz kecil (di koyak 2 lapis dan dipotong 2)
bentukkan kulit popia seperti kon ais krim dan lekatkan dengan air
masukkan inti dan lekatkan untuk menutup inti

Goreng sehingga kekuningan. mudah kan?

Jumaat, 11 Februari 2011

Bun Sosej

Rupa bun sosej yang telah siap dibakar....Bolehlah buat makan-makan untuk keluarga sendiri. Janji dohnya lembut dan sedap.



Rupa bun sebelum dibakar........sekarang ni kalau saya buat, saya akan buat mini bun saja..sebab anak-anak komplen besar sangat..malas nak buka mulut besar-besar...so saya ikut ja..tapi memang comel...gambarnya tak ada dalam simpanan la pulak...
Resepinya mudah saja....
(A)
2 sudu teh yis kering
4 sudu besar gula
4 sudu besar susu pekat
210ml air suam
(kesemua ini dilarutkan sekali dan dibiarkan selama 5-7 minit sehingga naik buih)

(B)
500gm tepung gandum
2 sudu teh pelembut roti (boleh dapat di kedai menjual bahan2 kek dan roti)
(gaulkan sekali)

2 biji telur (dikocakkan sertakan masukkan ke dalam adunan tepung tadi)

Uli adunan tepung (B) bersama adunan (A) selama 10-15 minit sehingga adunan tepung tidak melekat di tangan.

Biarkan adunan selama 1 jam atau adunan tersebut akan naik 2 x ganda.

(C)
Sosej hendaklah direbus/goreng terlebih dahulu

  1. Selepas itu anda bolehlah membentuk bun sosej anda seperti mana yang anda kehendaki.
  2. Susun atas loyang yang telah digris
  3. Biarkan 45-60 minit sehingga naik 2 x ganda
  4. Bakar pada suhu 180C sehingga masak.
  5. Setelah masak sapukan butter pada bun tersebut supaya nampak berkilat dan lembut...













Roti Jala


Roti Jala ini menjadi kegemaran anak-anak saya. Selalunya jika menu untuk hari itu kari ayam...saya mesti buat lebih sikit kari tu...bukan apa..sebelah petangnya bolehlah saya buat roti jala. resepinya juga saya ambil dari internet...kena cuba baru tahu...

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
secubit garam
2 cawan air
(sedikit kunyit untuk mendapatkan warna kekuningan)

Blend kesemua bahan tadi dan tapis dahulu kerana takut nanti lubang acuan akan tersekat. Sekiranya bancuhan tadi agak pekat bolehlah tambah sedikit air.

Khamis, 11 Februari 2010

Sup Tulang


Bila badan rasa kurang sihat sikit...ada rasa nak demam sikit-sikit apa kata cuba buat sup tulang...tak ada selera makan ke....elok lah cuba menu ni.....saya selalu masak menu ni bila hubby demam......kiranya sup tulang ni pun favourite anak-anak gak....gerenti habis.....

Resepinya:

1kg Tulang (lebih sikit pun ok ja)
2 liter air


1 inci halia(ditumbuk/mesin)
5 ulas bawang merah(ditumbuk/mesin)
4 biji buah keras(ditumbuk/mesin)
sedikit lada hitam (ditumbuk/mesin-jika suka-tak letak pun tak apa)

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

10 biji cili padi (ditumbuk kasar-boleh letak lebih jika suka pedas-yg ni ok je tak pedas sangat pun)
1 biji lemon (kalau tak ada boleh ganti dengan 1 cawan air asam jawa/limau nipis)
1 batang celery (tak tau b melayu panggil apa-batang dia mcm daun sup tapi besar)-di potong
2 labu bawang besar (dihiris)

garam secukup rasa
perisa (jika suka)
sedikit minyak untuk menumis (tak tumis pun ok juga just rebus)

Cara-caranya :
  • tumiskan bahan yang ditumbuk
  • masukkan tulang dan air
  • masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih + buah pelaga
  • bila mendidih masukkan jus lemon
  • masukkan cili api
  • masukkan celery dan bawang besar (yg dihiris)
  • masukkan garam secukup rasa
  • rebus lebih kurang 1 jam baru betul-betul lembut daging tu....
SELAMAT MENCUBA....

Sotong Kicap Berlada


Ni satu lagi menu untuk menarik anak-anak kecil kita makan.....makan bersama nasi lah.....Selalu sangat buat sambal tumis sotong , kali ni kita tukar selera sedikit supaya semua boleh menikmati bersama-sama sebab menu ni tak pedas......

Begini resepinya:

1kg Sotong
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sejemput lada hitam
kicap
secawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sepokok daun bawang + sup
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya:
  • potong sotong ikut suka macam saya guntingkan sotong tu kepada 4 dan dihujungnya saya guntingkan sekeliling supaya nanti membentuk seperti bunga di atas. (gambar) ketepikan.
  • bawang merah, putih, halia + lada hitam tadi ditumbuk bersama
  • masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan mulakan menumis bahan yang ditumbuk tadi...
  • bila dah berbau wangi bahan tumis tadi masukkan sotong
  • diikuti dengan air asam dan kicap....
  • bila semua dah sebati, baru masukkan garam dan gula....
  • bila dah masak, taburkan daun bawang dan sup yang telah dipotong...